Pidato Johan Jaaffar - Tokoh Wartawan Negara Malaysia

Politisi Datang dan Pergi, Wartawan Tetap di Tempatnya

| dilihat 446

MALAM Wartawan Malaysia 2019 yang digelar Malaysia Press Institute dan Petronas di Berjaya Times Square Hotel, Jum'at (26/4/19) malam tak hanya penuh sukacita, karena sejumlah wartawan generasi baru beroleh anugerah di beragam kategori. Suasana agak berubah, ketika Tan Sri Johan Jaaffar, veteran wartawan Malaysia yang terus produktif dan kreatif menyampaikan pidatonya.

Malam itu, Tan Sri Johan Jaaffar menerima anugerah tertinggi sebagai Tokoh Wartawan Negara Malaysia.

"Ahli politik boleh datang dan pergi. Tapi kita tetap berada di sini. Kita tidak akan dinilai kerana kesetiaan kita kepada mereka tetapi kerena kredibiliti, wibawa dan profesionalisme kita. Itu sahajalah nasihat saya pada pengamal media masa ini," ungkap Johan Jaaffar, tegas dan terang benderang. Pidato itu, juga sebagai ucapan balas dia kepada Datuk A. Kadir Jasin yang bercerita tentang dirinya, sambil sekali sekala melontar seloroh, gurauan segar penuh makna (baca, Datuk A Kadir Jasin: Johan Banyak Berjasa Mewarnai Dunia Kewartawanan).

Maknanya, adalah: politisi boleh datang dan pergi, tetapi wartawan tetap berada di tempatnya, mengawasi kiprah perjalanan bangsanya, termasuk mencermati laku para politisinya.

Johan Jaaffar merasa anugerah "Tokoh Wartawan Negara," yang ditabalkan kepadanya, sebagai satu penghormatan bagi dirinya dan dipersembahkannya bagi seluruh wartawan Malaysia.

Berendah hati, Johan mengemukakan, "Rasanya saya sebahagian daripada generasi 'orang surat khabar lama' yang semakin berkurang. Generasi saya tidak lagi aktif memimpin akhbar atau organisasi media. Kami merupakan the last of the Mohicans."  Terdengar mengharukan.

Lantas Johan mengemukakan, editor dan wartawan yang lebih kurang sezaman dengan saya, Datuk CC Liew, Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Kadir Jasin, Tan Sri Rahman Sulaiman, Mendiang Datuk V.K. Chin, Datuk Ng Poh Tip, Datuk Mohd Nazri Abdullah, Datuk Ahmad Talib, Datuk Rejal Arbee, Datuk Hardev Kaur, Datuk Khalid Mohd, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Wong Chun Wai sekadar menyebut beberapa nama, bekerja dalam suasana dan era yang sama sekali berbeda dengan masa sekarang.

"Saya sendiri bolehlah dianggap accidental journalist, yang terhumban ke dalam dunia kewartawanan tanpa dirancang. Banyak yang mengatakan bahawa saya “outsider,” apabila saya diberikan amanah memimpin kumpulan akhbar Utusan Melayu pada tahun 1992. Namun demikian apabila saya mula berkhidnat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1977, saya berketuakan tokoh sasterawan-wartawan seperti Datuk Usman Awang dan duduk sebilik dengan Datuk Abdullah Hussain." ungkap Johan.

Johan mengemukakan, Usman Awang atau Tongkat Warrant memang terkenal sebagai sasterawan, malah menjadi penerima Amugerah Sastera yang ketiga pada tahun 1983. Namun demikian beliau pernah menjadi wartawan di syarikat Utusan Melayu di Singapura mulai tahun 1952. Abdullah Hussein pula adalah penerima anugerah Sasterawan Negara yang kedelapan, pernah berkhidmat pada majalah Gelanggang Filem yang dimiliki Seniman Agung P Ramlee, pada zaman gemilang filem Melayu tahun-tahun 50-an dan 60-an.

"Tradisi kewartawanan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) selalu dilupakan oleh pengkaji," ungkap Johan, aksentuatif. Lalu, dia mengemukakan, "Perlu juga diingat bahawa wartawan yang pernah berkhidmnat di Utusan Melayu dan Majlis banyak yang menyambung karier mereka di DBP pada zaman awalnya. Di antara mereka ialah Abdul Wahab Muhammad atau Awal Il-Sarkam, Abu Yazid Abidin atau Wijaya Mala dan A. Samad Ahmad selain Keris Mas dan Usman Awang. Keris Mad dan Usman Awang juga adalah dua orang pengasas Angkatan Sasterawan 50 atau Asas 50 kemudiannya menjadi orang kuat DBP."

Tradisi kewartawanan inilah, ungkap Johan, yang dilanjutkan oleh Baharuddin Zainal, Mohd Noor Azam, A.F. Yassin, Sulaiman Masri, Nik Zainal Abdidin Hassan, Fatini Yaakub dan ramai lagi di DBP.

Malah, dari 13 orang penerima anugerah Sasterawan Negara setakat ini, tujuh orang dari DBP. Dari 13 orang Sasterawan Negara,  6 orang pernah terlibat dalam kewartawanan  majalah atau akhbar.

"Bagi saya hubungan di antara dunia kewartawanan dan kesusasteraan di negara ini amat sukar dipisahkan," ujarnya. Kemudian mengungkapkan, "Saya lebih beruntung kerana saya pernah berkhidmat di Utusan Melayu, yang dinggap syarikat yang menjadi suara keramat orang Melayu."

Bagai menguak cindai sejarah Melayu modern, Johan Jaaffar mengungkap, "Tradisi gemilang ini bermula dengan A. Rahim Kajai yang dianggap Bapak Kewartawanan Melayu dan pengasas syarikat itu, Yusof Ishak yang kemudiannya menjadi Presiden Republik Singapura yang pertama."

"Dalam tradisi panjang itulah muncul nama-nama seperti Said Zahari (salah seorang tahanan ISA paling lama di negara ini, 17 tahun), Tan Sri Melan Abdullah, Tan Sri Mazlan Abdullah dan Tan Sri Zainuddin Maidin," ungkapnya lagi.

"Utusan mempunyai cerita yang tersendiri dalam mencorakkan dunia kewartawanan tanahair. Bagi saya, Mogok Utusan Melayu tahun 1961 yang berlangsung selama 90 hari merupakan satu sejarah pahit para wartawan ketika itu. Usaha mereka untuk  menolak campur tangan politik dalam menjalankan tugas mereka gagal," kisahnya.

Johan mengingatkan, wartawan berdepan dengan banyak cabaran. Wartawan terbunuh (kerana) membuat liputan di wilayah berkonflik. Wartawan ditahan, dipenjara, malah disiksa dalam menjalankan tugas mereka. Dan wartawan dibuang kerja apabila tidak mengikut skrip penguasa.

"Benarlah agaknya kata orang, good soldiers don’t die, they just fade away, good journalists don’t fade away, they got fired. Ramai di kalangan generasi saya yang telah melalui proses itu. Para wartawan yang terpinggir melalui zaman getir untuk menyesuaikan diri, terpalit dengan stigma dan prejudis," ujarnya lagi.

Johan bercerita, dia punya pengalaman peribadi dalam soal itu. "Saya tidak punya tempat untuk menulis, sesuatu yang menjadi sebahagian darah daging saya," tuturnya.

"Saya teringat dalam keadaan yang sukar itu, Tan Sri Samad Ismail menenangkan saya dengan mengingatkan nasibnya lebih buruk lagi mengalami tahanan bertahun-tahun. Beliaulah yang memberikan saya ruang untuk menulis di New Straits Times setiap minggu mulai 2002. Saya menulis sebagai kolumnis di akhbar itu selama 14 tahun," ceritanya.

Johan mengusik dengan mengemukakan, "Kita tentu sedar cabaran baru bagi wartawan dan organisasi media hari ini. Dalam masa setahun dua kebelakangan ini kita dapat melihat bagaimana internet dan media sosial menjadi disruptor utama media tradisional. Syarikat media terhimpit oleh pulangan pendapatan iklan yang merosot dan jualan yang mengecil. Malah lebih 2000 petugas media telah kerhilangan pekerjaan dalam setahun dua ini."

Dia memberi nasihat kecil, supaya syarikat media harus membuat penyesuaian, begitu juga pimpinan media dan para wartawan sendiri – change or be changed. Mungkin model perniagaan harus berubah atau pendekatan cara kerja juga harus difikirkan semula.

Johan juga mengingatkan. "Sebagai wartawan, tugas kita tidak berubah. Tuntutan untuk menjadi lebih credible semakin kedengaran. Sekalipun lanskap media telah melalui proses transformasi namun tanggungjawab kita tidak boleh berubah – etika, komitmen dan niat kita."

"Kata orang news is the first draft of history. Kita pelapor, pencatat dan penganalisis. Kita harus memberikan teguran dan pandangan without fear and favour. Kita dikatakan Kuasa Estet Keempat (pilar demokrasi keempat). Maka itu kita harus memainkan peranan yang sepatutnya kita mainkan," tegasnya.

Ahli politik boleh datang dan pergi. Tapi kita tetap berada di sini. Kita tidak akan dinilai kerana kesetiaan kita kepada mereka tetapi kerena kredibiliti, wibawa dan profesionalisme kita. Itu sahajalah nasihat saya pada pengamal media masa ini.

Johan gembira, kerana ada angin segar kebebasan baharu media di negara ini akibat kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihanraya umum tahun lalu. Baginya kekebasan baharu itu harus dipertahankan. "Manfaatkanlah keterbukaan baharu itu sebaik-baiknya," pesannya bagi kalangan wartawan dan media.

Kepada pemerintah dia kemukakan, "Bagi kerajaan pula, ini bukan percubaan. Kita tidak mahu keadaan lama berleluasa di mana, the control over the press was inversely proportional to the strength of the ruling party. Bila kerajaan lemah, maka kawalan ke atas media diperketat. Zaman itu mudah-mudahan sudah berakhir."

Tegas Johan mengingatkan, "kebebasan tanpa tanggungjawab pasti membawa kerosakan." Dia hanya berharap, "kerajaan PH akan menunaikan janjinya dalam memastikan undang-undang, akta dan peraturan yang tidak relevan dengan zaman, yang bersifat pukat tunda dan yang membataskan kebebasan bersuara dan media harus dikaji atau dimansuhkan."  

Harapan saya juga, ungkapnya kemudian, bahawa ura-ura mewujudkan Majlis Media Malaysia harus dijadikan reality. Ini bagi memastikan integriti kewartawanan kita akan sentiasa dipertahankan. Salah saru elemen penting di dalammya membabitkan press complains bureau. Majlis ini harus merupakan inisiatif industri dan bukan dijadikan sebahagian outfit penguasa.

Di penghujung pidatonya, Johan mengucapkan terima kasih, kerana penghargaan yang diberikan oleh panel pemilih yang dilantik oleh MPI. Dia juga mengucapkan penghargaan kepada keluarganya – isteri dan anak-anaknya yang harus hidup bersuami dan berbapakan seorang wartawan. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada banyak kalangan yang disebutnya "guru dan pembimbing saya," dan teman-teman wartawan yang bersama--samanya dalam susah dan senang.

Johan tak lupa berterima kasih kepada semua teman-temannya, baik di DBP, Utusan Melayu, Media Prima Berhad, juga yang telah memberi saya peluang untuk menulis, menjadi hos program TV, baik di RTM, Media Prima, Sinar Harian atau banyak akhbar dan majalah yang telah hilang dari sejarah yang pernah menyiarkan tulisannya.

Tan Sri Johan Jaaffar memang pantas menjadi johan bagi kebebasan pers Malaysia. |

Editor : sem haesy
 
Polhukam
07 Jul 19, 18:14 WIB | Dilihat : 920
Jakarta Pantas Terima Penghargaan Kota Terbaik Dunia
28 Jun 19, 14:02 WIB | Dilihat : 1458
Nasib Rakyat Tidak Ditentukan di Bilik Suara
28 Jun 19, 11:03 WIB | Dilihat : 1449
Sofhian Mile : Selamatkan Bangsa, Utamakan Rakyat
27 Jun 19, 22:41 WIB | Dilihat : 1373
ISWAMI Sinergi Tunggal Jurnalis Malaysia - Indonesia
Selanjutnya
Seni & Hiburan
04 Jul 19, 13:22 WIB | Dilihat : 675
Jakarta Melayu Festival 2019 Merengkuh Keadilan
19 Jun 19, 12:59 WIB | Dilihat : 947
Kejujuran
12 Jun 19, 14:16 WIB | Dilihat : 290
Hafez dalam Abadi Cinta
10 Jun 19, 10:45 WIB | Dilihat : 300
Perempuan di Makam Ibu
Selanjutnya